Follow @ID INSTAGRAM Sumber: Letak Gambar Hot Instagram Dalam Blog http://www.hasrulhassan.com/2013/01/letak-gambar-hot-instagram-dalam-blog.html#ixzz3hrAlVJrg Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Saturday 20 August 2016

Bajet Kahwin Saya

Assalamualaikum..
Hai hai kepada semua bakal-bakal pengantin. Mesti rasa sangat teruja kan? Tetapi pening juga lar nak fikir bajet dan persediaan sebelum berkahwin. persediaan rapi perlu dirancang. memang la tidak 100% sempurna. Tetapi kita mahukan yang terbaik pada hari kita menjadi raja sehari. Cewahh.. sebut raja sehari mesti dan berangan mahu bersanding atas pelamin. Harap- harap apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada bride to be semua.

BAJU PENGANTIN
Baju pengantin selalunya akan satu pakej dengan pelamin dan makeup. Untuk bakal-bakal pengantin perlu lar survey dahulu butik-butik pengantin. Supaya harga berpatutan dan kita juga puas hati. Seperti saya di Kedah iaitu Sungai Petani, banyak juga butik pengantin. Baju pengantin saya memilih Sharul aaron Bridal House. Sangat cantik dan exclusive. Saya memang puas hati.
Baju untuk sesi outdoor dan baju bertandang sebelah lelaki saya memilih butik Roslie Studioz Wedding Planner. Juga saya berpuas hati kerana owner butiknya yang peramah dan harga yang berpatutan.
Tiga pasang baju lelaki dan perempuan RM1500

Baju sanding pada 6.2.16

baju outdoor pada 31.1.16

baju tandang pada 8.2.16


AKAD NIKAH
Upah kadi dan 2 orang saksi.
Mas kahwin RM5282. Di kedah tiada tetapan seperti Negeri Selangor iaitu RM300.
Seutas gelang dan sebentuk cincin pemberian encik suami untuk majlis batal air sembahyang.

amin. selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri




BAJU NIKAH
Baju nikah saya beli kerana mahu simpan dan juga boleh dipakai lagi pada hari raya. Saya dan si dia membeli baju nikah lelaki dan perempuan di Nilai 3, Negeri 9.
Satu pasang baju nikah lelaki dan perempuan RM450



PELAMIN
Pelamin satu pakej dengan wedding planner. Saya ambil 2 pelamin iaitu pelamin nikah pada 30 Januari 2016. Manakala Pelamin Sanding pada 6 Februari 2016. Beza seminggu juga la. sebab itu ambil 2 pelamin.
Dua Pelamin RM800

HENNA
Lukis inai di jari. Memang teringin masa itu nak lukis-lukis inai. Pakej lukis inai di rumah MiraHenna. Beliau datang rumah saya pada sehari sebelum bersanding. Sepupu pon join sekali berinai.
Henna RM250


MAKE UP
Makeup pengantin saya tidak termasuk pakej wedding planner. Mak andam datang ke rumah. Tiga kali makeup juga lar. makeup untuk nikah, outdoor, dan sanding. Makeup hari tandang sebelah lelaki saya makeup sendiri. di makeup oleh Mimieuxmakeover dan Fynahere.
Tiga kali makeup RM800

PHOTOGRAPHER
Photograher saya murah-murah saja sebab kawan encik suami tukang ambil gambar. Anwar Idrus production tiga kali sesi. Iaitu pada hari nikah 30.1.16, outdoor 31.1.16 dan sanding pada 6.2.16
Tiga kali photo RM1000 dan percuma 1 custom album.
dua sesi photo by Fahmibakri RM200. Shoot and burn.

KAD KAHWIN
Kad kahwin 700pcs + Banner 1 + guessbook 1 + mimi calendar 100pcs + props 10pcs
Pakej kad kahwin oleh thedesignholic RM400



JAMUAN NIKAH
Makan-makan pada hari nikah, ibu saya masak sendiri.
RM1000

CATERING
Katering saya makanan untuk 2000pax + set meja pengantin oleh Zul nasi arab katering. sangat sedap dan harga berpatutan. mesti berpuas hati dengan servis beliau.
RM10 000. Sponsor by mama and papa

DJ
Bacaan doa selamat berserta nasyid dan zikir oleh DJ Islamik iaitu Ustaz Rohisyam Abidin.
RM450



GOODIES, BUNGA TELUR
Goodies RM1800
-air kotak 1000 pcs
-tupperware 100pcs
-muffin cake 1000pcs
-kek coklat cupcake 100pcs
-bunga telor 200pcs

KEK 3 TINGKAT
Kek 3 tingkat RM180 dibuat oleh red cherry bakery


DULANG HANTARAN
Hantaran 5 dari pihak lelaki berbalas 7. Bajet 1 dulang RM100 shja. Tiada barang-barang seperti gadjet pon.


terima kasih mak ayah. love them soo much

ibu dan bapa mertua.

4 beradik

 sesi outdoor 

bridemaids cantik. pink and grey

dayang raja sehari..




Ok.. semoga bermanfaat. tq sebab membaca.

Monday 3 August 2015

Review majlis tunang

Assalamualaikum..

Hai hai hai..

Tiba2 rajin nak berceloteh plak. Pasal majlis E-day..

Bertunang adalah ikatan dalam hubungan. Maksudnya si dara yg menerima pinangan lelaki tidak boleh menerima lelaki lain. Dlm english. One step closer. Cewahhhhh. Satu langkah untuk membina masjid.

1. Merisik
Selalunya keluarga pihak lelaki datang ke rumah si dara utk kenal lebih dekat. Di sini keluarga pihak lelaki akan menilai. Berkenan di hati tak untuk dijadikan menantu.
Tapi zaman sekarang majoriti bercinta dan mak ayah setuju pilihan anak mereka.

2. List utk bertunang

- tetapkan tarikh
Selalunya hari sabtu. Atau mengikut persetujuan kedua belah pihak. Mcm iolls pilih musim perayaan. Haa senang kan.

- tetapkan bilangan hantaran
Sebenarnya hantaran ni adat ja. Org kata hadiah atau buah tangan bila bertandang rumah orang. Tak kisah berapa. Mcm aku sendiri 3 berbalas 5 shaja. Bagi ada ja. Save bajet.hihi


- pilih cincin
Cincin nanti kna try. Takut masa sarung x muat plak. Haa.... konon surprise. Nanti malu plak. Ramai jugak yg datang. Elok sarung belah kanan. Aku test cincin sebelah kiri. Aduhai ketat sedikit bila ibu pihak lelaki sarungkan. Tp muat jer kat jari i yang comel nie. Hehe. Macam aku kedah. Selalunya beli cincin batu. Tapi x kisah pon. Ikut masing- masing.

- sepasang baju + tudung + veil + bunga tangan
Iolls pilih warna coklat kuning. Veil jahit sendiri. Nak DIY lar. Hasil tangan sendiri. Ambil masa jugak lar.

- deco bilik atau pelamin duduk
Ini adalah tempat utk sarung cincin. Aku x buat pelamin. Konon nak jimat. Tapi deco bilik pon boleh tahan jugak lari bajet. Hihi. Time nie lar nak beli almari solek.. beli cadar. Nasib lah mak dah upah curtain awal2. Memang niat nak pasang time raya sekali tunang terus. Mini pelamin pon oke. Boleh tempah kat mana2 butik.

- kunjung ke spa
Bab nie paling kelakar. Seumur hidup x pernah pergi SPA. Nak tunang pergi spa. Tu pon buat manicure dan pedicure. Hhehe.. konon nak tangan gebu sikit. Maklumlah nak sarung cincin. Heboh jugak serumah yg aku pergi spa. Kunyit2 nak goreng ikan tak boleh sentuh dah.hihi. Masa tu pergi kat spa De Qaseh. Bertempat kat amanjaya mall sungai petani. Layanan tip top

- make up
Make up by mimieuxmakeover. Adik kepada fynahereblog. Cantik dan i puas hati. Ramai yang tegur muka berseri seri. Macam2 nama artis lar keluar dari mulut diorang. Kembang kempis jugak lar. Hihi

- makanan
Mak sponsor makanan tengah hari. Untuk disajikan kepada pihak lelaki. Udang galah masak sos. Kari ikan tongkol. Ikan kembung goreng. Sambal belacan dan ulam ulaman. Makanan kampung ja kita. Ptg tu open house raya plak. Satay, laksa, ketupat. Makan sampai kembung hari tu..

Tq to family dan kawan2 yg jayakan majlis. 

Semoga manfaat yer. Tq

Saturday 25 October 2014

Segalanya tentang ESP Shaklee

Assalamualaikum....... Selamat pagi..

Breakfast itu penting taw.. Jangan sesekali skip breakfast. Permulaan hari yang baik untuk tenaga yang berterusan. Orang nak kurus pon kena ambil breakfast. Supaya time lunch tak terus makan banyak.. Membebel panjang lak.. hehe..

Kalau malas nak beli makanan shake jer ESP. Mudah kan.. sudah lar sedap, kenyang pulak tu. Malah makon gebu kulit disamping boleh slim..

ESP shaklee adalah daripada kacang soya.. Selamat, 100% semulajadi. Ianya mengandungi asid amino yang sesuai untuk semua peringkat umur. Mudah diserap oleh usus. 



 ESP diperlukan oleh semua peringkat umur..

  • Obesity
  • warga emas
  • masalah kulit
  • wanita hamil
  • ibu menyusu
  • ahli sukan


Manfaat ESP:
  1. Awet muda - Asid amino penting untuk membaiki otot, kuku, rambut dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci awet muda
  2. Baik untuk hormon - Kacang soya yang kaya dengan isoflavones membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoprosis dan sakitg jantung
  3. Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan mencegah insomnia
  4. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur. mengelakkan penuaan.



Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telor, 12 kali ganda susu, rendah lemah, tiada kolestrol, tiada asid uric dan mudah diserap oleh usus.


Resepi ESP:

- Boleh tambah ESP dengan segelas air masak
- Boleh minum dengan air kotak seperti choclate, streawberry, soya dan susu
- Bancuh dengan vico, oren atau sirap

Sehari 3 sudu.. Saya selalu ambil pada waktu pagi.. Jadikan ia breakfast wajib.. yang sedap dan kenyang





Boleh juga buat masker.. Kulit lebih gebu dan halus.. kalau tak percaya, cuba sendiri..

satu sudu teh ESP Tambah air setitik dua.. Tempek kat muka.. dah.. Senang kan











Set combo dengan ESP....
Semua perlukan ESP... JOm Grab sekarang

Hubungi saya:

0111-9951283 (Hajar)

Vita C 500mg shaklee


Assalamualaikum.....
hai korang.. 

Vitamin C, semua orang perlukan vitamin C untuk sihat. Malah untuk cantik. Sampai ada yang sanggup untuk cucuk botok vitamin C.... So, tidak hairanlah kenapa Vita C shaklee juga digemari ramai. 

Setiap tablet Vita C shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya iaitu bersamaan dengan 500mg. Wooww hebatkan.. Hanya perlu telan 1 tablet vita C shaklee setiap hari untuk sihat.
Ujian klinikal membuktikan bahawa didalam 2 tablet vitamin C shaklee mampu kekal didalam plasma darah badan kita selama 24jam.

Siapa yang perlukan Vitamin C?
  • orang yang selalu demam atau selsema
  • berjerawat
  • susah tidur malam
  • stress


Manfaatnya:
  1. membentuk kolagen - membantu mengurangkan proses penuaan seperti kedut, mermbantu menganjalkan kulit
  2. memperbaiki sistem peredaran darah - seperti gusi berdarah, lebam dikulit
  3. meningkatkan sistem imun badan - seperti alergi, gatal hidung dan kulit, astma
  4. mencantikkan kulit
Haaaa... kawan2 tunggu apa lagi. Jom makan vitamin C... 
Untuk sihat dan cantik

..

Nak order?
Hubungi saya Hajar : 0111-9951283

Pop cake Malaysia

Assalamualaikum...

Hai, Selamat tengah hari

Sesaje lar nak share dengan korang. Tentang pop cake. Bukan saja comel, malah sedap. Itu yang membuatkan kanak-kanak suka..

Saye suka beli kek span bulat di tesco aau giant. Tak kisah lar perasa apa pon yang anda suka. Lebih mudah ambil perasa oren..

Tadaaa.... comel kan. Mesti korang geram tengok. Rasa mcm nak makan ja..
1 biji kek korang boleh dapat 20 biji pop cake.. Haaa untung kan


Bahan- bahan yang diperlukan:-
  • Kek span -1 biji
  • Krim
  • Manik tabur
  • Lolipop stick
  • Coklat masakan
Mula- mula, Hancurkan kek span yang korang beli tadi. Kalau saya guna sarung tangan plastik. Kek dah hancur tu dicampur dengan krim yang telah diputar kembang. Gaul dan gumpal bulat- bulat

Cairkan coklat masakan. Ambil 1 lolipop stick, celup hujung lolipop stick dengan coklat yang cair, kemudian cucuk pada kek yang telah digumpal bulat. Celup kek dengan coklat dan taburkan manik urai mengikut kesukaan anda....

Boleh buat hantaran, majlis harijadi, dan lain-lain


Selamat mencuba


Durian crepe

Assalamualaikum.. hai,,,,,,

Selalu nampak orang jual durian crepe. Tapi tak pandai nak buat sendiri. Jangan risau, lepas nie boleh makan durian crepe selalu bila dah ada resepi.. Senang ja. Yang penting kemahuan dan minat. Yang penting kena simpan sejuk, baru bestttt.

Warna kuning, sape yang menggemari durian mesti terliur.

Dah2,, tak nak membebel panjang2. Korang nak buat durian crepe kan

Untuk 30 biji durian crepe:-

Bahan- bahannya:

  1. telor ayam gred A - sebiji
  2. tepung gandum - 1 cawan 
  3. tepung ubi - 1 cawan
  4. tepung jagung - 1/2 cawan
  5. santan - 1/2 kotak atau setengah biji perahan kelapa
  6. air kosong secukupnya
  7. garam secubit
  8. gula - 1 sudu teh
  9. isi durian
  10. krim
  11. pewarna - kuning

cara- cara buat kulit durian crepe
  • putarkan 1 biji telor sehingga kembang guna mixer
  • masukkan ketiga- tiga tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan air
  • masukkan santan. Jika tiada santan, boleh juga guna 1/2 cawan susu cair
  • masukkan gula dan garam 
  • masukkan 1 sudu isi durian
  • putar sehungga kembang
  • adunan cair
  • masukkan pewarna
masukkan dalam kuali leper, gelekkan sehingga penuh kuali dan tuang semula kedalam bekas adunan.
Ini adalah untuk mendapatkan kulit nipis

angkat kulit crepe, letakkan atas tudung periuk dan potong bahagian berkeruping

Letakkan krim yang telah diputar di tengah kulit crepe

kemudian letakkan isi durian dan cover isi durian dengan sedikit krim.

kemudian balut

Haaaaaa,,, siap. 
Simpan sejuk dan siap sedia untuk dimakan

Selamat mencuba

Riadah di Taman Layang-layang

Assalamualaikum..

hai..

Mencari- cari tempat rekreasi di area selangor, apa kata korang cuba pergi di Taman Layang- layang.
Bertempat Kepong. kalau nak ikut wave, taip je Taman metropolitan Kepong.. InshaAllah sampai dengan selamat di tempat yang dituju.

Selalunya petang-petang ramai. Bebudak main layang- layang.
Tapi harini saya datang pagi. sebabnya nak joging. Tak lar panas kan kalau joging pagi-pagi.

Lepas parking masuk jer, ada orang jual-jual. So jangan risau lar jika dahaga atau lapar tak breakfast lagi.

Jika nak slim dan kurus boleh sangat datanfg ke sini.. Keluasan tasik sekitar 3.46KM. kita boleh burn calorie dalam 240 calories. yang nie saya trace dalam runkeeper punya application android




Suasana pagi sejuk jer.. Sebab banyak pokok.

Aktiviti kat sini:
  • Jogging bersama kawan atau family
  • berbasikal
  • main kasut roda
  • skateboard
  • ada playground untuk kanak-kanak
  • main layang-layang pada waktu petang

track jogging

Yang penting boleh bersantai sambil release stress.
Boleh kurus dan slim

Jika xnak joginng pon boleh lihat kanak-kanak riang. confirm tenang ja.. inshaAllah