Follow @ID INSTAGRAM Sumber: Letak Gambar Hot Instagram Dalam Blog http://www.hasrulhassan.com/2013/01/letak-gambar-hot-instagram-dalam-blog.html#ixzz3hrAlVJrg Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Saturday 20 August 2016

Bajet Kahwin Saya

Assalamualaikum..
Hai hai kepada semua bakal-bakal pengantin. Mesti rasa sangat teruja kan? Tetapi pening juga lar nak fikir bajet dan persediaan sebelum berkahwin. persediaan rapi perlu dirancang. memang la tidak 100% sempurna. Tetapi kita mahukan yang terbaik pada hari kita menjadi raja sehari. Cewahh.. sebut raja sehari mesti dan berangan mahu bersanding atas pelamin. Harap- harap apa yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada bride to be semua.

BAJU PENGANTIN
Baju pengantin selalunya akan satu pakej dengan pelamin dan makeup. Untuk bakal-bakal pengantin perlu lar survey dahulu butik-butik pengantin. Supaya harga berpatutan dan kita juga puas hati. Seperti saya di Kedah iaitu Sungai Petani, banyak juga butik pengantin. Baju pengantin saya memilih Sharul aaron Bridal House. Sangat cantik dan exclusive. Saya memang puas hati.
Baju untuk sesi outdoor dan baju bertandang sebelah lelaki saya memilih butik Roslie Studioz Wedding Planner. Juga saya berpuas hati kerana owner butiknya yang peramah dan harga yang berpatutan.
Tiga pasang baju lelaki dan perempuan RM1500

Baju sanding pada 6.2.16

baju outdoor pada 31.1.16

baju tandang pada 8.2.16


AKAD NIKAH
Upah kadi dan 2 orang saksi.
Mas kahwin RM5282. Di kedah tiada tetapan seperti Negeri Selangor iaitu RM300.
Seutas gelang dan sebentuk cincin pemberian encik suami untuk majlis batal air sembahyang.

amin. selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri




BAJU NIKAH
Baju nikah saya beli kerana mahu simpan dan juga boleh dipakai lagi pada hari raya. Saya dan si dia membeli baju nikah lelaki dan perempuan di Nilai 3, Negeri 9.
Satu pasang baju nikah lelaki dan perempuan RM450



PELAMIN
Pelamin satu pakej dengan wedding planner. Saya ambil 2 pelamin iaitu pelamin nikah pada 30 Januari 2016. Manakala Pelamin Sanding pada 6 Februari 2016. Beza seminggu juga la. sebab itu ambil 2 pelamin.
Dua Pelamin RM800

HENNA
Lukis inai di jari. Memang teringin masa itu nak lukis-lukis inai. Pakej lukis inai di rumah MiraHenna. Beliau datang rumah saya pada sehari sebelum bersanding. Sepupu pon join sekali berinai.
Henna RM250


MAKE UP
Makeup pengantin saya tidak termasuk pakej wedding planner. Mak andam datang ke rumah. Tiga kali makeup juga lar. makeup untuk nikah, outdoor, dan sanding. Makeup hari tandang sebelah lelaki saya makeup sendiri. di makeup oleh Mimieuxmakeover dan Fynahere.
Tiga kali makeup RM800

PHOTOGRAPHER
Photograher saya murah-murah saja sebab kawan encik suami tukang ambil gambar. Anwar Idrus production tiga kali sesi. Iaitu pada hari nikah 30.1.16, outdoor 31.1.16 dan sanding pada 6.2.16
Tiga kali photo RM1000 dan percuma 1 custom album.
dua sesi photo by Fahmibakri RM200. Shoot and burn.

KAD KAHWIN
Kad kahwin 700pcs + Banner 1 + guessbook 1 + mimi calendar 100pcs + props 10pcs
Pakej kad kahwin oleh thedesignholic RM400



JAMUAN NIKAH
Makan-makan pada hari nikah, ibu saya masak sendiri.
RM1000

CATERING
Katering saya makanan untuk 2000pax + set meja pengantin oleh Zul nasi arab katering. sangat sedap dan harga berpatutan. mesti berpuas hati dengan servis beliau.
RM10 000. Sponsor by mama and papa

DJ
Bacaan doa selamat berserta nasyid dan zikir oleh DJ Islamik iaitu Ustaz Rohisyam Abidin.
RM450



GOODIES, BUNGA TELUR
Goodies RM1800
-air kotak 1000 pcs
-tupperware 100pcs
-muffin cake 1000pcs
-kek coklat cupcake 100pcs
-bunga telor 200pcs

KEK 3 TINGKAT
Kek 3 tingkat RM180 dibuat oleh red cherry bakery


DULANG HANTARAN
Hantaran 5 dari pihak lelaki berbalas 7. Bajet 1 dulang RM100 shja. Tiada barang-barang seperti gadjet pon.


terima kasih mak ayah. love them soo much

ibu dan bapa mertua.

4 beradik

 sesi outdoor 

bridemaids cantik. pink and grey

dayang raja sehari..




Ok.. semoga bermanfaat. tq sebab membaca.

No comments:

Post a Comment